Apa ar nak jadi kan, ada seorang pengacara ni nak kata glamour sgt pun tak ar jugak. bukan nak kata ar, masalahnye dia ni kan nak jadi pengacara masa majlis hari raya yg syarikat ayu buat. dah ar perli2 sykt kami budge kecik ar pe ar.. patut ke seorang pengacara berkata begitu pada orang ramai? benda tu bukanlah satu lawak yang kelakar kalau nak di ikutkan. tu tak pe lagi ar... kebetulan masa tu ayu dgn seorang lagi kawan sekerja yg bernama 'ain' ni dijemput untuk menjadi penyanyi pada hari tersebut. artis yang pengacara ni bwk masa tu daus AF8, wana MYstarzLG, dgn azan pit pelakon baru. tiba masa ayu nak nyanyi dia ada ar tanya soalan sikit2, dok tanya mcm2 smpai ke personal... so seperti biasa ayu jwb ar NO KOMEN. muka dia mcm x puas hati je. dgn lasernye berkata waahhh jwpn dh mcm artis yg ada 5 album.. ayu diam je ar, then dia kata macam tu kawin dgn dia je ar. owh pleaseeeee..... bila dh abis nyanyi tu ayu pergi ke belakang pentas dan dgn muka yg masam dia cakap sambil berbisik dgn pengurus dia sambil jeling2 dekat ayu. ambooiiiii perangai dh mcm perempuan. ingat ayu tak tau yang dia mengata ayu ke? emmm bengang betul... ye ar kami ni bukanlah penyanyi terkenal, nyanyi pn skdr penyedap telinga je, xde peminat takyah ar nak kutuk2.. walau pe pun sambutan hari raya aritu best ar dgn persembahan artis2 tu walaupun pengacaranya terlompat2 macam syok sendiri.....
Thursday, September 30, 2010
Saturday, September 25, 2010
bersyukur....
"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.
aku minta kupu-kupu,
Dia beri ulat beluncas.
aku sedih dan kecewa,
namun tak lama kemudian,
kaktus itu berbunga indah dan
ulat beluncas itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.
Itulah jalan tuhan, indah pada masanya,
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
kadang-kadang kita sedih kecewa terluka,
tapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita......"
Posted by ayu abu bakar at 5:34 PM 1 comments
Thursday, September 23, 2010
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
maaf kerana lambat mengucapkan selamat hari lebaran pada semua muslimin dan muslimat seluruh malaysia. saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri saya andainya selama ini saya telah membuat kesalahan atau kekasaran dari segi perbuatan ataupun tuturkata samada disedari atau tidak sepanjang mengenali diri saya. adat manusia biasa takkan lepas dari membuat kesilapan, terpulang pada diri masing-masing samada nak berubah atau tidak kan.
emmm... apa pun selamat berhari raya ye....
(raya sebulan kan.. hehehe)
kalau ada sesapa nak bagi ayu duit raya bgtau ar ye. hehehe
Posted by ayu abu bakar at 8:30 AM 0 comments
SaYaNg.....
Sayang....
Terlihatku dimatamu sebutir intan berkaca-kaca tatkala kau lafazkan ungkapan itu.
kutahu bukan itu niatmu yang sebenar. kau telah dipaksa lalu terpaksa melakukan semua itu.
Sayang...
bagaimana akan ku lalui hari-hari yang mendatang tanpamu di sisiku.
aku telah terbiasa dengan gurauanmu, rajukmu, usikanmu dan segala perilakumu padaku.
Sayang...
bagaimana hendakku hela nafasku selepas ini, sedangkan selama ini namamu yang terbit di kotak hatiku tatkala aku menghirup udara pada setiap saat dan detik waktu ketika kita masih bersama..
Sayang...
andai itu yang telah ditakdirkan untuk kita berdua, aku redha dengan ketentuanNYA. aku akur dengan keputusan orang tuamu yang tidak menyebelahi diriku untuk menjadi sebahagian dari cabang benih untuk meneruskan waris dalam salasilah keturunanmu.
Sayang,
ku doakan agar kau bahagia di samping siapa sahaja yang menjadi pilihan keluargamu. mungkin darahnya lebih suci dari darahku yang hanya datang dari keluarga yang tidak berharta.
Semoga kau gembira di sampingnya....
Posted by ayu abu bakar at 8:25 AM 0 comments
Sunday, August 29, 2010
i'm yours.....
My dear,
when u wake up,
i want to be first thing you see,
i'll cheerish your words,
i'll finish your thoughts,
i will be your compass if you lost,
My dear,
i want to be the wind that fills your sail,
be the hand that lift your veils,
be the moon that moves your tides,
the sun coming up in your eyes,
be the spark that light you up,
and that you've been dreaming of,
and more,
so much more,
My dear,
I want to be your everything.....
Posted by ayu abu bakar at 8:03 AM 2 comments
Monday, August 23, 2010
SuArA SiApAKaH iTu...
Suara siapakah itu, dengan tiba2 menyapa gegendang telingaku. Dengan jelas aku dengar suaranya.. Apa yang dia mahukan, aku tidak melihat walau sepintas pun bebayangnya hadir dihadapanku. Sedangkan ketika itu aku yakin bahawa aku tidak bermimpi kerana aku baru sahaja memejamkan mata di pembaringan. Sepertinya dia meluahkan perasaan hatinya padaku. tapi siapakah gerangan yang empunya suara.. berkatalah kembali supaya mudah aku mengecam milik siapa suara itu. mengapa sekilas lalu sahaja sedangkan benar2 terasa seperti dia memang berkata di cuping telingaku... Wahai empunya suara andai benar kau wujud bicaralah denganku di sini, di alam nyata agar aku mengenalimu dan dapat melihat wujudnya dirimu didepan mataku. Terlalu banyak persoalan yang ingin ku utarakan padamu... Hadirlah selesaikan semua perkara ini...
-cendra kirana-
Posted by ayu abu bakar at 9:07 PM 4 comments
Sunday, August 22, 2010
sikap manusia
macam2 sikap manusia yang boleh kita jumpa zaman sekarang ni. ada yang baik depan tapi jahat di belakang. ada yang jahat didepan tapi baik di belakang. tapi nak cari yang baik betul2 depan belakang memang susah satu dalam seribu pun belum tentu boleh jumpa. sikap seseorang xblh dijangkakan. kadang2 baik, kadang2 pemarah, kadang2 blh bergurau dan kadang2 moody. asal silap sikit je mula nak melenting, lupa cara nak bertutur secara sopan. sanggup lupakan hubungan yang baik selama ni hanya kerana silap yang sedikit. dulu susah, senang, sihat atau sakit selalu bersama tapi bila dah dapat ganjaran atau pangkat yang lebih sikit terus mudah lupa diri.
tak kurang gak dengan manusia yang hatinya rapuh. mudah sensitif dengan orang sekeliling. ditegur sikit merajuk, dimarah sikit menangis, kadang2 bila kita membebel walaupun xde kena mengena dengan dia pn blh kecik hati.emmm betol2 susah nak jaga hati orang sekarang ni.
apapun selalu ingat 'orang lain takkan susah bila kita susah tapi orang lain takkan senang bila kita senang.' jagalah hati kita dan binalah istana emas supaya hati kita tak dijangkiti dengan penyakit2 diatas... ;)
Posted by ayu abu bakar at 1:05 AM 3 comments