BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 30, 2010

emmm... karenah pengacara..

Apa ar nak jadi kan, ada seorang pengacara ni nak kata glamour sgt pun tak ar jugak. bukan nak kata ar, masalahnye dia ni kan nak jadi pengacara masa majlis hari raya yg syarikat ayu buat. dah ar perli2 sykt kami budge kecik ar pe ar.. patut ke seorang pengacara berkata begitu pada orang ramai? benda tu bukanlah satu lawak yang kelakar kalau nak di ikutkan. tu tak pe lagi ar... kebetulan masa tu ayu dgn seorang lagi kawan sekerja yg bernama 'ain' ni dijemput untuk menjadi penyanyi pada hari tersebut. artis yang pengacara ni bwk masa tu daus AF8, wana MYstarzLG, dgn azan pit pelakon baru. tiba masa ayu nak nyanyi dia ada ar tanya soalan sikit2, dok tanya mcm2 smpai ke personal... so seperti biasa ayu jwb ar NO KOMEN. muka dia mcm x puas hati je. dgn lasernye berkata waahhh jwpn dh mcm artis yg ada 5 album.. ayu diam je ar, then dia kata macam tu kawin dgn dia je ar. owh pleaseeeee..... bila dh abis nyanyi tu ayu pergi ke belakang pentas dan dgn muka yg masam dia cakap sambil berbisik dgn pengurus dia sambil jeling2 dekat ayu. ambooiiiii perangai dh mcm perempuan. ingat ayu tak tau yang dia mengata ayu ke? emmm bengang betul... ye ar kami ni bukanlah penyanyi terkenal, nyanyi pn skdr penyedap telinga je, xde peminat takyah ar nak kutuk2.. walau pe pun sambutan hari raya aritu best ar dgn persembahan artis2 tu walaupun pengacaranya terlompat2 macam syok sendiri.....

Saturday, September 25, 2010

bersyukur....

"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.
aku minta kupu-kupu,
Dia beri ulat beluncas.
aku sedih dan kecewa,
namun tak lama kemudian,
kaktus itu berbunga indah dan
ulat beluncas itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.
Itulah jalan tuhan, indah pada masanya,
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
kadang-kadang kita sedih kecewa terluka,
tapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita......"

Thursday, September 23, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

maaf kerana lambat mengucapkan selamat hari lebaran pada semua muslimin dan muslimat seluruh malaysia. saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri saya andainya selama ini saya telah membuat kesalahan atau kekasaran dari segi perbuatan ataupun tuturkata samada disedari atau tidak sepanjang mengenali diri saya. adat manusia biasa takkan lepas dari membuat kesilapan, terpulang pada diri masing-masing samada nak berubah atau tidak kan.
emmm... apa pun selamat berhari raya ye....
(raya sebulan kan.. hehehe)
kalau ada sesapa nak bagi ayu duit raya bgtau ar ye. hehehe

SaYaNg.....

Sayang....
Terlihatku dimatamu sebutir intan berkaca-kaca tatkala kau lafazkan ungkapan itu.
kutahu bukan itu niatmu yang sebenar. kau telah dipaksa lalu terpaksa melakukan semua itu.

Sayang...
bagaimana akan ku lalui hari-hari yang mendatang tanpamu di sisiku.
aku telah terbiasa dengan gurauanmu, rajukmu, usikanmu dan segala perilakumu padaku.

Sayang...
bagaimana hendakku hela nafasku selepas ini, sedangkan selama ini namamu yang terbit di kotak hatiku tatkala aku menghirup udara pada setiap saat dan detik waktu ketika kita masih bersama..

Sayang...
andai itu yang telah ditakdirkan untuk kita berdua, aku redha dengan ketentuanNYA. aku akur dengan keputusan orang tuamu yang tidak menyebelahi diriku untuk menjadi sebahagian dari cabang benih untuk meneruskan waris dalam salasilah keturunanmu.

Sayang,
ku doakan agar kau bahagia di samping siapa sahaja yang menjadi pilihan keluargamu. mungkin darahnya lebih suci dari darahku yang hanya datang dari keluarga yang tidak berharta.
Semoga kau gembira di sampingnya....